Pada minggu ini,kami diberi tugasan kajian komputer dalam pendidikan tentang Literasi Maklumat.saya dan rakan saya perlu mengkaji apa itu literasi maklumat.kami perlu melayari beberapa laman web untuk mengkaji literasi maklumat ini sepertihttp://www.ukm.my/library/http://scholar.google.com.my/,dan http://books.google.com/.Laman-laman web ini perlu untuk mendapatkan artikel,buku,dan jurnal secara online.Sepanjang membuat tugasan ini,kami juga didedahkan dengan konsep plagiarisma iaitu dilarang menciplak sebarang artikel dan jurnal kerana ia menyalahi akta hak cipta.
Sepanjang melakukan tugasan ini,kami telah mendapat sedikit sebanyak tentang Literasi Maklumat.Literasi Maklumat adalah kebolehan untuk mengakses,menilai mengurus dan menggunakan maklumat dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan.Literasi maklumat bukan sekadar mencari maklumat sahaja.tetapi perlu berfikir secara kritis dan kreatif terhadap maklumat tersebut.Kenapa perlu menguasai literasi maklumat?supaya kita menjadi individu yang celik maklumat dan tahu menggunakan dan mengurus sumber maklumat tersebut.
selain itu,kami juga perlu berbincang didalam laman facebook bagi mendapatkan maklum balas dan pendapat mereka.setelah itu,kami perlu menulis laporan dengan menggunakan open office writer dengan mengaitkan kajian kami dan apa yang patut dilakukan di Malaysia.
ketika mencari Maklumat,saya mendapati terlalu banyak sumber maklumat di internet sehingga rambang mata nak pilih.jadi saya telah dapat mempraktikkan akitiviti ini dalam mencari maklumat.Semasa mencari maklumat,kitta perlu membaca terlebih dahulu info tersebut supaya dapat berfikir secara kritis.disamping itu kita juga perlu tahu dari mana sumber maklumat tersebut datang.Aktiviti ini memberi manfaat kepada saya dalam mencari maklumat,perlu mengenalpasti dan mencari makluamt dari sumber maklumat yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment