Wednesday, 12 October 2011

Literasi Maklumat(minggu 3 dan 4)

Pada minggu tersebut,kami telah diberi tugasan mengikut pasangan.saya bersama pasangan saya iaitu Nik Nurhidayah Nik Azhar mendapat topik Literasi Maklumat.sepanjang melakukan tugasan ini,kami memang perlu banyak mencari sumber malumat didalam internet.terlalu banyak maklumat sehingga tak tahu nak pilih mana satu.hehe...Selepas mencari maklumat yang berkaitan topik tugasan,saya perlu berbincang bersama rakan-rakan lain di facebook group.
INFORMATION LITERACY.         
Apa maksud literasi maklumat?
Literasi bermaksud  keupayaan untuk membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan atau boleh ditafsirkan sebagai celik huruf.Maklumat pula ialah hasil daripada pemprosesan,pengumpulan dan penganalisa  data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.Kesimpulannya,literasi maklumat boleh didefinisikan kemahiran melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti dan mencari sumber maklumat  daripada sumber yang boleh dipercayai.
Kenapa literasi maklumat diperlukan?                                    
a)      Dari aspek dasar pembangunan negara, celik maklumat dapat membangunkan ekonomi berasaskan k – ekonomi dan k – masyarakat.
b)      Literasi maklumat amat bertepatan dengan Matlamat Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi ulul-albab yang celik maklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
c)      Dari aspek sosial, maklumat yang sudah diproses akan menjadi ilmu yang akan menjadikan kita lebih pandai, proaktif, produktif,kreatif,dan inovatif , iaitu syarat yang dituntut oleh era baru.
d)     Dari segi pendapatan negara, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, malahan pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti yang tinggi, dan dalam tempoh jangka masa yang lebih singkat.
Dimana Literasi Maklumat diperkenalkan?
Konsep literasi maklumat mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980 oleh American Library Association (ALA).ALA membentuk forum kebangsaan mengenai literasi maklumat(National Forum On Information Literacy) yang dianggotai 65 organisasi bagi mengembangkan konsep literasi maklumat atau celik maklumat.
Siapa orang yang berliterasi maklumat?
Orang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat dimana mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan.Mereka sering dijadikan bahan rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh didibaratkan sebagai ”kamus bergerak”. Terdapat 7 ciri – ciri yang dapat dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat secara berkesan dan efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka dapat menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki, mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung pelbagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, mereka juga menghargai bahan – bahan sastera yang kreatif, mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu, mengamalkan tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka suka mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang baik. Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan ledakan maklumat pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.

Bagaimana kemahiran literasi maklumat dapat dilakasanakan?
A)Melalui  kemahiran perpustakaan
-Lokasi bahan.
-Sistem katalog.
-Susunan buku,majalah.
-Menggunakan bahan rujukan asal.
B)Melalui kemahiran belajar.
-Berfikir.
-Mendengar.
-mencatat nota.
C)Melalui kemahiran komunikasi
-Bertanya
-Menemuramah.
-Memberi pendapat.
-Berbahas.
D)Melalui kemahiran hidup.
-Mengurus masa.
-Mengurus diri.
-Pembelajaran sepanjang hayat.
 setiap orang ahli kumpulan perlulah memberi maklum balas terhadap topik tugasan tersebut.tugasan ini sememangnya memerlukan kita membuka minda berfikir secara kritis dan kritikal terhadap tugasan yang diberi.sebabnya pada masa ini semuanya menggunakan ict,jadi sebagai pelajar kita pelu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran komputer ini.
sekian..terima kasih.

No comments:

Post a Comment